Thursday, January 11, 2018

amali fizik ipg sesaran pecutan halaju

TUJUAN
Untuk menguji sesaran, pecutan dan halaju sesebuah objek.

TEORI
Kinematik ialah suatu bahagian dalam mekanik berkenaan dengan perihal gerakan jasad-jasad tanpa merujuk kepada sesuatu yang menyebabkan gerakan itu. Kinematik mengkaji kedudukan suatu jasad di dalam ruang sebagai fungsi masa.
Sesaran adalah kuantiti vektor yang merujuk kepada jarak terdekat objek yang bergerak dari titik permulaan kepada titik terakhir. Halaju pula adalah kuantiti vektor merujuk pula kepada kadar perubahan saesaran objek berkenaan. Pecutan adalah kuantiti vektor yang didefinasikan sebagai kadar perubahan halaju. Nilai pecutan wujud jika ada perubahan pada halaju sesuatu objek.
Kebiasaanya, kita menggunakan pelbagai jenis simbol-simbol ataupun abjad-abjad untuk mewakili sesebuah kuantiti dalam sesuatu persamaan. Contohnya secara umum, kita menggunakan :

·         u untuk halaju awal
·         v untuk halaju akhir
·         a untuk pecutan
Persamaan untuk pecutan ialah :

BAHAN DAN RADAS 
Pita detik, kertas karbon, landasan, troli, jangka masa detik, bekalan arus ulang alik, wayar penyambung.

RAJAH

PROSEDUR
1.    Bahan dan radas disusun seperti rajah di atas.
2.    Landasan dicondongkan untuk membenarkan troli meluncur dengan baik.
3.    Kertas karbon diletakkan pada jangka masa detik untuk menanda titik pada pita detik.
4.    Pita detik di pasang melalui jangka masa detik.
5.    Pita detik yang bersambung dengan bekalan arus ulang alik dihidupkan dan troli dilepaskan.
6.    Pita detik yang dibahagikan kepada sepuluh detik dan dipotong.
7.    Pemerhatian direkodkan dalam sebuah graf.

REKOD DAN ANALISIS DATA
·         Rujuk graph 1.1
                                                               cms-1

                                                                               
                                                                cms-1
                                                                               

                                                                                     cms-2







PERBINCANGAN
Gerakan linear adalah gerakan dalam satu garis lurus. Contoh gerakan adalah seseorang yang sedang dibawa menaiki tangga bergerak atau escalator dan seorang atlit berlari dalam perlumbaan '100 meter'.Contoh gerakan bukan linear pula adalah gasing yang berputar dan pergerakan Bumi mengelilingi matahari.

Kajian gerakan objek tanpa melibatkan daya yang bertindak ke atasnya dipanggil kinematic. Selain itu, kajian gerakan dan daya yang bertindak pada sesuatu objek dipanggil dinamik. Kuantiti fizik yang terlibat dalam gerakan adalah jarak, sesaran, laju, halaju, masa dan pecutan.
Eksperimen ini telah dijalankan bagi mengukur sesaran, pecutan dan halaju sesebuah objek. Troli digunakan sebagai objek yang bergerak atas garisan lurus manakala pita masa digunakan untuk mencari selemasa bagi setiap detik. Seterusnya, pita pula digunakan bagi mengukur sesaran objek tersebut mengikut setiap detik. Semasa menjalankan eksperimen ini juga langkah-langkah bagi mengelakkan berlaku ralat perlu diambil dan dititik beratkan bagi mengelakkan keputusan yang tidak tepat dan kecerunan papan lunjur haruslah dikurangkan bagi mengelakkan pecutan terlalu tinggi.

KESIMPULAN
Kesimpulannya, dengan menjalankan eksperimen ini saya dapat mengetahui cara mengukur halaju dan percutan pada gerak lurus dengan menggunakan ticker timer, mengikut sesaran dalam sesuatu selamasa setiap detik.
Dengan menjalankan eksperimen ini saya dapat mempelajari cara menggunakan pita detik dan pita masa dengan betul dan cara pengiraan sesaran, halaju dan pecutan menggunakan pita detik tersebut.

REFLEKSI

Dengan menjalankan eksperimen ini, saya mendapati bahawa objek yang bergerak secara linier atau lurus mempunyai sesaran, halaju dan pecutan tersendiri. Semasa menjalankan eksperimen ini, kita juga perlu berhati-hati ketika mengambil ukuran bagi mengelakkan kesalahan. Dengan menjalankan eksperimen ini, saya berasa lebih berkeyakinan untuk menjalankan eksperimen-eksperimen yang akan datang yang melibatkan penggunaan alatan tersebut kerana saya mengetahui cara untuk menggunakan alat pita detik dan pita masa serta dapat mengelakkan  diri daripada melakukan kesalahan untuk mendapatkan ketepatan dalam sesuatu bacaan.

No comments:

Post a Comment

BAHAGIAN A (10 Markah) Bulatkan jawapan yang betul. Jawab semua soalan. 1.      Ramalkan jika haiwan tidak menjaga kemandirian ...